Demografi ديموڬرافي Batu_Pahat

Demografi bagi Batu Pahat[4]
Kumpulan etnikPeratus
Melayu & Bumiputera
  
63.8%
Cina
  
29.7%
India
  
1.6%
Lain-lain
  
0.2%
Bukan warganegara
  
4.7%
Naga Kemakmuran di Yong Peng

Batu Pahat terbahagi kepada dua zon utama iaitu zon barat dan zon timur. Antara pekan-pekan yang terletak di dalam zon barat ialah Rengit, Senggarang, Tongkang Pechah, Sri Gading, Semerah, Parit Raja dan Bandar Penggaram.

Manakala zon timur pula merupakan kawasan seperti Yong Peng, Parit Sulong, Sri Medan, Parit Ya’ani, Lan Lee, Kangkar Baru dan Air Hitam.[5]

Penduduk Melayu sebanyak 63.8 peratus, Cina 29.7 peratus, 1.6 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 4.7 peratus bukan warganegara.[6]

Daerah Batu Pahat mempunyai penduduk seramai 750,058 penduduk tempatan (2012). Penduduk terbanyak terdapat di daerah ini adalah di Mukim Simpang Kanan dengan lebih daripada 411,862 orang dan paling kurang padat ialah penduduk Bagan dengan penduduk hanya 6,692 orang.

Orang Cina (52%) tertumpu di Bandar Penggaram dan Yong Peng manakala bahagian lain di Batu Pahat terdiri daripada majoritinya orang Melayu (46%). India dan lain-lain sebanyak (2%) kurang terdapat di Batu Pahat, yang bekerja di ladang getah atau sebagai peniaga.

Kumpulan dialek orang Cina di Batu Pahat adalah berbeza: